[TERKINI] Sempena kemenangan, Johor diberi cuti peristiwa pada Ahad

  • 2 tahun lalu
Kerajaan Johor mengumumkan cuti peristiwa pada Ahad sempena kemenangan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) merangkul Piala FA malam tadi.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Onn Hafiz berkata, ia sebagai tanda penghargaan atas sokongan padu yang sentiasa diberi oleh penyokong Skuad Harimau Selatan.