[TERKINI] Cuti Khas Peristiwa | Johor umum Ahad cuti sempena kejayaan negeri dalam sukan

  • 2 tahun lalu
Kerajaan negeri Johor mengisytiharkan Ahad sebagai cuti khas peristiwa sempena kejayaan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan pencapaian cemerlang negeri itu dalam kejohanan sukan tahun ini.

Setiausaha Kerajaan negeri, Tan Sri Datuk Dr Azmi Rohani berkata pemberian cuti khas itu sebagai tanda meraikan kejayaan pasukan JDT menjuarai Liga Super buat kali kesembilan berturut-turut dan memenangi 10 piala dalam kejuaraan lain yang disertai, tahun ini.