Vaksin COVID-19 | Ibu bapa jangan terpengaruh dengan sumber tidak sahih

  • 2 tahun lalu
Ibu bapa diingatkan agar tidak terpengaruh dengan sumber yang tidak tepat, sehingga enggan membawa anak-anak mereka untuk divaksinasi.

Sebaliknya, kata Pakar Kesihatan Awam, Prof Madya Dr Malina Osman, mereka perlu mengikuti saranan Kementerian Kesihatan kerana vaksin adalah cara terbaik untuk mengelak jangkitan penyakit.