Vaksin COVID-19 | CDC yakin ramai ibu bapa akan tampil beri anak vaksin

  • 2 tahun lalu
Pengarah Pusat Kawalan Dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat, Dr. Rochelle Walensky yakin ramai ibu bapa akan tampil untuk mendapatkan vaksin untuk anak-anak mereka apabila ia tersedia minggu hadapan.

Jelasnya kajian saintifik yang ketat telah dijalankan dan ia telah terbukti berkesan untuk melindungi kanak-kanak daripada kemasukan ke hospital dan kematian.