PRU15 | PSB mungkin tanding 10 kerusi
  • 2 tahun lalu
Parti Sarawak Bersatu (PSB) menyasarkan tidak lebih 10 kerusi Parlimen yang akan ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Presidennya Datuk Seri Wong Soon Koh menegaskan, selain memberi laluan kepada calon parti pembangkang lain, PSB juga mahu mengelak kerugian sumber parti selain hanya meletakkan calon di kerusi boleh menang.

PSB jelasnya, mencapai persefahaman berhubung pembahagian kerusi dengan empat parti pembangkang tempatan iaitu Parti Bumi Kenyalang (PBK), Parti Sedar Rakyat Sarawak (Sedar), Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) dan Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi).