PRU15 | Ong Tee Keat kembali, tanding kerusi Pandan
  • tahun lalu
Lima tahun menghilang, Bekas Presiden MCA, Tan Sri Ong Tee Keat, kembali ke gelanggang politik dan bertanding atas tiket parti Warisan bagi kerusi Parlimen Pandan.

Ketika berucap dalam Majlis Memperkenalkan Calon-Calon Warisan Kerusi Parlimen Semenanjung Malaysia Dalam PRU15,Tee Keat berkata, beliau kembali dengan harapan mahu membawa acuan dan semangat bersatu padu rakyat Sabah dan Sarawak ke Semenanjung.