PRU15 | GRS-BN perlu berbincang tanding kerusi Parlimen
  • 2 tahun lalu
Kerusi Parlimen yang akan ditandingi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN) UMNO perlu dibincang secara terperinci bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15(PRU15) depan.

Ini berikutan kenyataan Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin baru baru ini mengatakan semua kerusi tradisi BN UMNO yang ditandingi semasa PRU14 lalu menjadi milik UMNO.