PRU15 | GRS sokong calon BN, mahu BN sokong calon GRS
  • 2 tahun lalu
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan memberi sokongan penuh kepada calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor.

Hal ini kerana, GRS dan BN sudah berjanji untuk bekerjasama membangunkan Sabah dan membawa kemajuan kepada rakyat negeri itu.