Klip audio 'Can I advise you something' bukti Rosmah kawal Najib - Hakim
  • 2 years ago
Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa Rosmah Mansor telah menguasai suaminya, Najib Razak.

Malah, hakim Mohamed Zaini Mazlan berkata Rosmah mempunyai kawalan ke atas bekas Perdana Menteri itu.

Dalam penghakiman setebal 116 halaman semalam, Mohamed Zaini berkata adalah jelas daripada rakaman audio itu bahawa tertuduh memberi arahan kepada Najib berhubung urusan kerajaan.