Video penuh: Sidang media timbalan pendakwa raya Gopal Sri Ram
  • 2 years ago
Timbalan pendakwa raya Gopal Sri Ram memberikan sebahagian besar penghargaan dan kepujian kepada pasukan pendakwa raya dalam keputusan yang mendapati Rosmah Mansor bersalah hari ini.

Ketika ditanya sama ada dia gembira dengan hukuman yang dijatuhkan ke atas Rosmah, dia berkata bukan tugas pendakwa raya untuk bergembira atau tidak bergembira, tetapi mereka hanya menjalankan tugas.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa sidang media di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Recommended