Kenyataan berbaur perkauman, Bukit Aman akan panggil Hadi
  • 2 years ago
Bukit Aman mengesahkan bahawa kertas siasatan telah dibuka terhadap Presiden PAS Abdul Hadi Awang berhubung kenyataannya bahawa orang bukan Islam dan bukan Bumiputera paling banyak terlibat dalam jenayah rasuah.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, A Skandaguru berkata siasatan sedang dijalankan oleh unit siasatan jenayah terkelas Bukit Aman berdasarkan 28 laporan polis.