COVID-19 | Amalan terbaik kuarantin kendiri

  • 2 tahun lalu
Peningkatan kes COVID-19 di negara ini kini terus kekal kepada empat digit dan pada Jumaat angka yang dicatatkan di negara kita melepasi 3,200 kes.
Sudah semestinya dengan peningkatan kes ini, ia akan beri impak kepada sistem perkhidmatan kesihatan negara kita.
Dengan kes kebolehjangkitan melebihi 30 ribu, beberapa pusat kuarantin dan pusat rawatan dibuka termasuk di MAEPS Serdang dan beberapa lagi di seluruh negara bagi menempatkan pesakit mahupun mereka yang berisiko dijangkiti COVID-19.
Untuk itu kita akan bersama Prof Madya Dr Mohd Dzulkhairi Mohd Rani, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Universiti Sains Islam Malaysia.