Persiapan pusat kuarantin di MAEPS dijalankan
  • 2 tahun lalu
Dua dewan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) akan dijadikan pusat kuarantin dan rawatan untuk merawat pesakit positif COVID-19 yang tidak bergejala serta bergejala ringan.
Pusat itu yang dijangka siap petang Ahad, adalah sebagai langkah persediaan sekiranya berlaku peningkatan secara drastik pesakit COVID-19 yang dijangka pada pertengahan April.