Data bocor: Fahmi bidas iPay88, gesa kerajaan pinda PDPA segera
  • 2 years ago
Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil menggesa kerajaan untuk meminda Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) dengan segera.

Pindaan itu bagi mewajibkan pihak seperti iPay88 memberi notis secepat mungkin kepada pihak berkuasa dan mangsa apabila berlaku pencerobohan data.

Semalam gerbang pembayaran iPay88 mengesahkan bahawa berlakunya pelanggaran keselamatan siber yang mungkin telah menjejaskan data kad penggunanya.