‘Pi la balik peringat diri sendiri kenapa kamu kalah PRU14' Tun M bidas Zahid loghat Kedah
  • 4 years ago
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengingatkan Umno bahawa punca kekalahan BN pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) tahun lalu adalah kerana parti itu membiarkan salah laku berleluasa di kalangan pemimpin kerajaan dan parti.

Justeru, katanya Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, sepatutnya celik mata dan menegur salah laku ketua dan pemimpin dalam partinya sebelum ini.

“Masa dulu waktu ada orang curi duit, bos dia curi duit... Dia tak salahkan langsung. Sekarang ini baru nak (mahu) salahkan.

“Pi la (pergilah) balik peringat (ingatkan) diri sendiri kenapa kamu kalah (PRU-14).