'Kepala otak dia boleh memilih FDI!' - Johari bidas Azmin
  • 3 years ago
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Johari Abdul Ghani hari ini membidas kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mohamed Azmin Ali bahawa Malaysia bersikap “lebih selektif” dalam menarik pelaburan asing yang berkualiti.

Bekas menteri kewangan II itu berkata, kenyataan itu tidak masuk akal sedangkan negara-negara jiran seperti Indonesia terus menerima pelaburan yang kukuh di sepanjang tempoh pandemik Covid-19.

Johari berkata demikian ketika membahas ucapan dasar presiden di Perhimpunan Agung Umno 2020 hari ini.