'Kami nak ambil barang, apa punya mangkuk?' - Mahfuz bidas Hamzah
  • 3 years ago
Persidangan Dewan Rakyat sedikit tegang ketika ahli-ahli parlimen pembangkang memohon penjelasan Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin berhubung kebenaran memasuki Dewan Rakyat pada 2 Ogos lalu.

Ketika Hamzah menjelaskan kompaun yang dikenakan terhadap ahli parlimen pembangkang, beliau dicelah oleh ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar dan menggelarnya 'mangkuk'.

Beberapa ahli Parlimen kerajaan kemudian menggesa Speaker Dewan Rakyat mengambil tindakan terhadap Mahfuz kerana mengeluarkan perkataan kurang sopan terhadap Hamzah.