'Pilih PH jahil agama': Kenyataan Hadi keterlaluan, kata Pemuda Umno

  • 2 years ago
Kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang menyifatkan pengundi yang mengundi PH pada PRU14 sebagai jahil agama sendiri, adalah sangat keterlaluan.

Pengarah Komunikasi Pemuda Umno, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, kenyataan Hadi itu menggambarkan seolah-olah hanya mereka yang menyokong PAS sahaja yang celik Islam di negara ini.