Politik | 5,000 ahli PKR, DAP Sungai Siput dakwa akan keluar parti

  • 2 tahun lalu
Seramai 5,000 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP Sungai Siput didakwa akan meninggalkan parti selepas hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Pakatan Harapan (PH).

Ketua Ranting PKR Taman Orkid Utara, S.Umaparan dan Timbalan Pengerusi Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Sungai Siput, David Raja berkata, mereka turut kecewa selepas Ahli Parlimen Sungai Siput, S. Kesavan didakwa mengabaikan kebajikan mereka.