AWANI Ringkas: Kerjasama UMNO-DAP disifat kiamat politik | Rakyat Perak kecewa kemelut politik
  • 2 tahun lalu
Kiamat politik akan berlaku kepada UMNO dan DAP sekiranya wujud kerjasama antara kedua-dua parti itu di Perak.
Menurut Pensyarah Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik Universiti Malaya (UM). Dr Mohammad Tawfik Yaakob sekiranya kerjasama itu direalisasikan, kesannya akan dirasai kedua-dua parti di seluruh negara bukan hanya di Perak.
Rakyat Perak kecewa kerana kemelut politik yang berlaku sejak jumaat lalu masih belum diselesaikan.
Kemelut itu sekaligus menyebabkan Belanjawan 2021 negeri tidak dapat dibentang dan diluluskan, selain fokus untuk menghadapi pandemik COVID-19 yang melanda negeri itu Terganggu.
Disyorkan