'PKR kekal berprinsip, yang keluar parti khianat perjuangan'

  • 4 years ago
Kira-kira seminggu setelah keruntuhan kerajaan PH, Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata kalangan yang meninggalkan parti itu telah mengkhianati perjuangan mereka, termasuk untuk menolak rasuah dan salah guna kuasa.

Anwar menegaskan PKR memilih untuk kekal berprinsip walaupun ada peluang untuk bersama-sama dengan apa yang menurutnya sebagai "kelompok lama yang telah merosakkan negara".

"Izinkan saya jelaskan bahawa kita telah mengambil jalan yang tegas mengikut landasan perjuangan kita.

"Kita diberi peluang untuk bersekongkol dengan kelompok lama yang telah merosakkan negara kita. Kita memilih untuk kekal dengan prinsip. Yang meninggalkan kita, mengkhianati amanah perjuangan kita," katanya dalam satu video yang dimuat naik di laman Facebooknya, hari ini.