Pemimpin PKR keluar dewan: Mungkin salah tafsir, kata Shafie
  • 4 years ago
Presiden Warisan Shafie Apdal menepis cakap-cakap yang timbul apabila Ketua PKR Sabah Christina Liew dilihat keluar dewan bersama sekumpulan anggota PKR semasa acara pengumuman calon Warisan Plus semalam.

Katanya, kontroversi keluar dewan itu berlaku mungkin kerana salah tafsir sahaja.

"Dia tak keluar (begitu sahaja) sebenarnya. Saya tanya dia, kamu ada senarai tak? Tak, dia (Liew) ada urusan, dia kata.

"Mungkin salah tafsir. Pasal dia minta izin dengan saya, dia bagitahu, 'Datuk Seri, saya ada program yang saya perlu uruskan'.

Semalam, PKR hanya diberikan tujuh kerusi sahaja iaitu Api-Api, Inanam, Tempasuk, Tamparuli, Matunggong, Klias, dan Sook- berbanding 14 yang mahu ditandingi, seperti yang diumumkan parti itu sehari sebelum itu.
Recommended