Bicara Rasuah Zahid | Lanjut kontrak uksb tanpa UKAS, Kabinet - Saksi

  • 2 tahun lalu
Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Khamis diberitahu bahawa bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meluluskan pelanjutan kontrak syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) sebagai operator tunggal sistem Visa Luar Negara (VLN) dan One Stop Centre (OSC) tanpa melalui Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) dan Kabinet.
Selain itu, saksi ketiga pendakwaan, Siti Jalilah Abd Manap berkata bekas Timbalan Perdana Menteri itu turut melanjutkan kontrak UKSB pada 2017 walaupun kontrak syarikat itu masih lagi berbaki tiga tahun.

Disyorkan