UKSB taja Zahid, isteri ke luar negara, sambut hari jadi dan raya
  • 2 years ago
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam diberitahu bahawa Ultra Kirana Sdn Bhd telah menaja Ahmad Zahid Hamidi melancong ke luar negara, sambutan ulang tahun isterinya dan hari raya.

Bekas Pengarah UKSB, Harry Lee Vui Khun berkata penajaan itu merupakan keutamaan sumbangan bulanan mereka kepada bekas timbalan perdana menteri itu daripada 2014 hingga 2018.