Penyeludupan | Guna lori pasir bawa minyak masak bersubsidi

  • 2 tahun lalu
Tindakan penyeludup cuba mengelirukan pihak berkuasa dengan mengunakan lori pasir untuk bawa keluar barang larangan ke luar negara berjaya dikesan pihak berkuasa.
Taktik itu terbongkar selepas pasukan penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna KPDNHEP Kelantan menyerbu sebuah premis di Pengkalan Kubor yang membawa kepada penemuan 1,360 kilogram minyak masak bersubsidi.