Penyeludupan Minyak | KPDNHEP jalankan siasatan kenal pasti dalang

  • 2 tahun lalu
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) giat menjalankan audit dan siasatan bagi mengenalpasti dalang dalam kegiatan penyelewengan dan penyeludupan minyak masak bersubsidi ke negara jiran.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata siasatan dijalankan secara terperinci membabitkan setiap rantaian bermula daripada syarikat pengeluar minyak masak dan pembungkusan semula, sehinggalah kepada pemborong dan peruncit yang menjual bahan masakan itu.