Minyak Bersubsidi | KPDNHEP kesan minyak masak tidak cukup timbangan

  • 2 tahun lalu
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka mengesan salah laku sebuah syarikat pembungkus minyak peket bersubsidi yang disyaki menipu jumlah timbangan.

Pengarah KPDNHEP Melaka, Norena Jaafar berkata, serbuan operasi pemutihan di sebuah syarikat di negeri itu pada Khamis mendapati, berat minyak peket subsidi yang ada hanya sekitar 900 hingga 980 gram.