Kedudukan usul undi tidak percaya harus dilihat daripada konteks yang luas - Penganalisis politik

  • 2 tahun lalu
Persoalan mengenai kedudukan usul undi tidak percaya terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam aturan urusan mesyuarat dan usul-usul harus dilihat dari konteks yang lebih luas kerana Peraturan 15, Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat menyatakan urusan kerajaan perlu didahulukan.

Penganalisis Politik Dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Sivamurugan Pandian menjelaskan, kesemua usul termasuk usul undi tidak percaya, disusun mengikut keperluan kedudukan di dewan.

Disyorkan