Undi Tidak Percaya | Prayuth Chan-Ocha terselamat daripada undi kali ke-4

  • 2 tahun lalu
Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-Ocha dan 10 anggota Kabinetnya terselamat daripada undi tidak percaya di Parlimen, ujian terbesar kerajaan menjelang Pilihan Raya Umum dalam tempoh 11 bulan.

Bekas ketua tentera berusia 68 tahun itu menerima 256 undi percaya berbanding 206 yang menentangnya, sekali gus mengekalkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri sehingga tamat tempoh pada Mac depan.

Disyorkan