AWANI Ringkas: Belanjawan 2021: Usul undi percaya kerajaan dilihat akan bantu lulus | Pembiayaan RM50,000 bantu orang muda sertai industri francais

  • 2 tahun lalu
Bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani berpendapat sekiranya undi percaya terhadap kerajaan Perikatan Nasional diusulkan, ia akan membantu untuk meluluskan Belanjawan 2021.
Ini kerana, menurut Johari, isu yang dipertikaikan kebanyakan ahli Parlimen adalah keyakinan terhadap kerajaan ketika ini dan bukannya bertujuan mempolitikkan belanjawan.
Kerajaan sediakan Skim Pinjaman Kecil Francais (SPKF) yang menawarkan pembiayaan sehingga RM50 ribu bagi membantu kemasukan golongan muda dalam industri francais Malaysia.

Disyorkan