37 pelajar UUM dihantar pulang ke Zon Tengah

  • 2 tahun lalu
Seramai 37 orang pelajar dari Universiti Utara Malaysia (UUM) dihantar pulang ke kediaman keluarga masing-masing di Zon Tengah.
Pelajar ini menaiki 5 bas disediakan pihak Kementerian Pengajian Tinggi lewat malam tadi.
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UUM, Prof. Madya Dr. Hendrik Lamsali menjelaskan kesemua mereka adalah pelajar yang terkandas di Inapan Siswa.
Kumpulan pelajar ini termasuk empat orang pelajar dari Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.