Realiti Rakyat: Pelajar di zon tengah memulakan perjalanan pulang ke zon utara hari ini

  • 2 tahun lalu
Pelajar-pelajar di institut pengajian tinggi awam, swasta dan kolej komuniti serta politeknik di zon tengah akan memulakan perjalanan terlebih dahulu ke utara.

Ia susulan pengumuman kerajaan untuk membenarkan pelajar-pelajar di IPt untuk pulang ke kampung masing-masing.

Menurut Timbalan Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang, Profesor Datuk Dr Yuserrie Zainuddin, pergerakan pulang ke semua pelajar itu akan diteliti bagi memastikan kelancarannya, sebelum sebelum zon yang lain memulakan perjalanan.

Beliau yang juga ketua bagi zon timur melibatkan negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu memaklumkan, kesemua perjalanan pelajar itu akan bermula hari ini.