Realiti Rakyat: Penerimaan pelajar pembelajaran secara maya dan normal baharu

  • 2 tahun lalu
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan hampir 3 bulan sejak Mac, sistem pendidikan negara turut terkena tempiasnya, bukan sahaja pelajar, guru dan kakitangan tidak dapat ke sekolah atau kuliah.

Tetapi sistem pendidikan konvensional sebelum ini terus berubah kepada sistem pembelajaran secara maya.

Kemudian beralih kepada fasa pemulihan dalam PKPP ini, sekolah diumumkan akan mula dibuka pada 24 Jun ini sekaligus berdepan satu lagi perkara iaitu norma baharu yang mana beberapa garis panduan telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Ini semua apa yang dihadapi dalam sistem pendidikan tahun ini.

Untuk bercakap mengenai penerimaan pelajar pembelajaran secara maya dan norma baharu ketika PKP dan pasca PKP ini, adalah Datuk Freida Mohd Pilus, Pengasas Cempaka Schools Malaysia.