10 pelajar OKU jadi penuntut baharu UUM

  • 6 tahun lalu
Seramai 4,114 penuntut bahatu termasuk 382 pelajar antarabangsa serta 10 pelajar kurang upaya (OKU) dan tiga pelajar Orang Asli mendaftar untuk mengikuti pengajian dalam 36 program semester pertama sesi 2016/2017 di Universiti Utara Malaysia (UUM) hari ini.

Naib Canselor UUM, Prof. Datuk Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, jumlah Purata Markah Keseluruhan (PMK) kemasukan calon pada tahun ini meningkat kepada 3.52 berbanding 3.5 tahun lalu dengan PMK tertinggi ialah 3.96. - UTUSAN ONLINE

Disyorkan