Realiti Rakyat: Memasuki PKP keempat, bagaimana keadaan PKS?

  • 2 tahun lalu
Menjelang fasa keempat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara, isu melibatkan perusahaan kecil sederahana terus menjadi perhatian. Selepas 3 peringkat PKP, ada PKS yang masih sukar beroperasi, ada juga yang bergelut dengan isu aliran tunai yang serius.

Kerajaan dalam masa yang sama telah turut mengumumkan pelbagai bantuan untuk kumpulan PKS ini termasuk subsidi gaji dan bantuan lain untuk membantu aliran tunai. Kini adalah bulan Ramadan, Bulan yang kerap ditunggu pelabur untuk meningkatkan jualan dan menarik pelanggan menjelang Syawal.

Namun dalam normal baharu ini, apakah yang dihadapi PKS, dan apakah yang menanti mereka?

Untuk itu kita nak bersama dengan Naib Ketua Pemuda MCA, Chris Daniel Wong yang mengikuti rapat perkembangan mereka ini.

Disyorkan