Realiti Rakyat: Populariti 'podcast' ketika PKP

  • 2 tahun lalu
Podcast merupakan audio rakaman yang berkonsepkan rancangan dan bual bicara berepisod dalam platform digital. Siaran podcast kini semakin mendapat perhatian termasuklah di Malaysia.

Tahukah anda, nama podcast dicipta dengan menggabungkan perkataan ipod dan broadcast menjadi podcast.

Sejajar zaman teknologi kini Astro radio juga telah melancarkan aplikasi Syok, sebuah aplikasi hiburan dan gaya hidup baharu yang membolehkan pengguna mendapat akses ke semua kandungan digital seperti artikel, video, live radio dan paling best syokcast dalam satu platform.

Menerusi aplikasi SYOK, pengguna boleh melayari dengan mudah, 25 rangkaian jenama Astro Radio di serata Malaysia, mendengar syokcast secara langsung (radio on-demand), juga SYOKCast yang dihasilkan secara ekskusif.