AWANI Pagi: Realiti Rakyat - Sektor pelancongan terkesan teruk akibat PKP

  • 2 tahun lalu
Sektor pelancongan antara yang terjejas teruk akibat pelaksanaan PKP susulan penularan COVID-19 bukan sahaja dalam negara malah luar negara turut terkesan.

Kebanyakan rakyat di seluruh dunia diminta untuk duduk di rumah, sektor pelancongan menerima tamparan hebat berikutan situasi ini.

Untuk mengetahui apakah situasi terkini dihadapi pemain industri ini dan apa harapan mereka, ikuti temubual bersama Presiden Majlis Pelancongan Malaysia (MTC), Uzaidi Udanis.