Polis gagalkan cubaan edar dadah ketika PKP

  • 2 tahun lalu
Cubaan mengedar dadah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan di Perak berjaya ditumpaskan selepas pihak polis menahan tiga lelaki dan merampas 20 kilogram dadah jenis heroin dalam dua tangkapan berasingan di Perak.
Menurut Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Goh Boon Keng, dadah yang dianggarkan bernilai RM264 ribu disembunyikan di bawah lapik kaki di bahagian tempat duduk penumpang di bahagian hadapan dalam salah sebuah kenderaan yang ditahan.