JAKOA laksana agihan bantuan bakul makanan kepada masyarakat Orang Asli

  • 2 tahun lalu
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu, bantuan fasa pertama bermula sejak 2 hingga 10 April telah diagihkan kepada 49,670 ketua isi rumah 853 perkampungan Orang Asli seluruh negara bernilai RM5 juta.

Bantuan fasa kedua pula akan bermula 10 April 2020 (Jumaat) melibatkan pertambahan penerima 55,000 ketua isi rumah yang bernilai RM6 juta.