Orang Asli tak dipinggir, bantuan makanan disalur ke 853 kampung - Ismail Sabri
  • 4 years ago
Menteri Pertahanan Ismail Sabri menafikan Orang Asli dipinggirkan dan tidak menerima bekalan makanan semasa tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP).

"Suka saya maklumkan bahawa Jakoa (Jabatan Kemajuan Orang Asli) telah laksanakan agihan bantuan bakul makanan kepada masyarakat Orang Asli sejak PKP dikuatkuasakan.

"Bantuan fasa pertama, iaitu daripada 2 April hingga10 April diagihkan kepada 49,670 ketua isi rumah di 853 perkampungan Orang Asli di seluruh negara bernilai RM5 juta.

"Bantuan fasa kedua akan mula 10 April dengan pertambahan penerima 55,000 ketua isu rumah melibatkan RM6 juta," katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.