Perkampungan Orang Asli di ceroboh

  • 9 years ago
Sejak kebelakangan ini perkampungan orang-orang asli khasnya di Perak telah diceroboh dan masih diceroboh.

Dan kini masalah ini sudah melampui batas apabila ada pihak yang tidak bertanggung jawab menerokai tanah pusaka orang-orang asli tanpa sebarang notis.

Apabila ditegur jawapannya: Orang Asli tidak mempuyai sebarang dokumen dan telah menduduki tanah kerajaan.

Setiap kali tanah orang asli diceroboh, pihak yang menceroboh berjanji memberi pampasan, tetapi cuma janji kosong sahaja.

Walaubagaimanapun, semua jawatan kuasa orang asli bersepakat untuk menuntut tanah pusaka mereka yang kian lama dirampas dan tidak lagi mengambil sebarang pampasan yang dijanjikan.

Video oleh John Motes (Pelatih wartawan warga ICFJ-Malaysiakini)