Banjir Sabah | 15,000 bakul bantuan makanan telah diagihkan

  • tahun lalu
Kira-kira 15,000 bakul bantuan makanan telah diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir di Sabah.

Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk James Ratib berkata, ia termasuk kepada keluarga yang terjejas banjir dan tidak mahu berpindah ke PPS turut akan diberikan bakul makanan.

Malah katanya, beberapa Pegawai Kementerian itu telah ditempatkan di lokasi-lokasi terjejas.