PRK Kimanis: Sumbangan ketika kempen? Serah kepada Jawatankuasa Pilihan Raya
  • 2 tahun lalu
Calon Pakatan Harapan (PH) - Warisan, Datuk Karim Bujang memaklumkan tidak tahu mengenai pemberian 50 buah motosikal dalam majlis sambutan Hari Krismas yang dianjurkan sebuah pertubuhan, pada Sabtu.

Menurut Ketua Warisan Bahagian Kimanis itu, bagaimanapun beliau menyerahkan sepenuhnya perkara itu kepada Jawatankuasa Pilihan Raya bagi menyiasat sekiranya benar parti Warisan telah melanggar Akta Pilihan Raya.