Kempen Year End Zakat untuk galakan bayar zakat
  • 2 tahun lalu
Bagi memastikan sasaran kutipan Zakat berjumlah 710 juta ringgit tercapai, Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mengadakan kempen Year End Zakat (YEZ) 2019.
Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Ahmad Shukri Yusoff menjelaskan selain untuk mencapai sasaran, kempen YEZ juga dijalankan sebagai peringatan dan galakan untuk segera membayar zakat sebelum 31 Disember.