PPZ-MAIWP terima RM26.08 juta zakat korporat

  • 5 tahun lalu
KUALA LUMPUR - Sejumlah RM26.08 juta bayaran zakat perniagaan diterima Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) daripada 15 syarikat korporat.

Antara 15 syarikat korporat yang menyerahkan zakat perniagaan mereka hari ini adalah Bank Islam Malaysia Bhd., Lembaga Tabung Haji, Perbadanan Nasional Bhd. dan Maybank Islamic Bhd.