YEZ 2019 bantu PPZ-MAIWP capai sasaran kutipan zakat RM710 juta
  • 2 tahun lalu
Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) mensasarkan jumlah kutipan keseluruhan untuk tahun 2019 meningkat kepada 710 juta ringgit, daripada 650 juta yang dikutip tahun lepas.
Ketua Pegawai Eksekutif Syukri Yusoff berkata, walaupun tahun 2019 hanya berbaki sebulan sahaja lagi, namun beliau percaya jumlah itu dapat dicapai dengan pelancaran kempen Year End Zakat (YEZ) 2019.