Tidak dipotong, peruntukan pertubuhan belia diselaras - Saddiq

  • 2 tahun lalu
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada Rabu menegaskan bahawa peruntukan bagi pertubuhan-pertubuhan belia tidak dipotong.

Ia sebaliknya telah diselaraskan semula bagi membolehkan tumpuan diberikan kepada pelaksanaan program dan bukan hanya tertumpu kepada perbelanjaan pentadbiran sahaja.