Syed Saddiq fail semakan tindakan PM, kerajaan henti peruntukan untuk Muar

  • 6 hari lalu
Syed Saddiq fail semakan tindakan PM, kerajaan henti peruntukan untuk Muar

BERITA SEMASA 6 MEI 2024

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memfailkan permohonan semakan kehakiman berhubung dakwaan kerajaan menghentikan peruntukan dana lebih RM4 juta bagi tujuan perbelanjaan kebajikan rakyat di kawasannya.

Permohonan itu difailkan Syed Saddiq yang juga bekas Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) bersama tiga pengundi di Parlimen itu terhadap Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia di Mahkamah Tinggi, pada 23 April lalu.

Syed Saddiq berkata, dana itu dibatalkan selepas MUDA menarik sokongan kepada kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/663139/berita/semasa/syed-saddiq-fail-semakan-tindakan-pm-kerajaan-henti-peruntukan-untuk-muar

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #ParlimenMuar #SyedSaddiq #Mahkamah