TERKINI : Syed Saddiq Mohon Maaf Kata Belia 'Macai'
  • 5 years ago
Selepas hampir dua minggu mengeluarkan kenyataan persatuan belia adalah macai Barisan Nasional, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tampil memohon maaf dan mengakui kesilapan beliau membuat kenyataan tersebut secara pukul rata sahaja.

“Saya meminta maaf kerana pukul rata di mana saya rasa tidak betul kalau semua anak muda dipanggil macai.

“Kenyataan itu harus ditujukan kepada kepimpinan anak muda yang memberi sokongan terbuka (dengan mengatakan) tanpa UMNO atau Pemuda UMNO tidak akan wujud persatuan belia tersebut. Kenyataan yang sama juga (ditujukan) kepada pimpinan Belia 4B yang lain.

“Majlis Belia Malaysia (MBM) juga mengakui kesilapan kerana membuat sokongan kepada Barisan Nasional semasa pilihanraya umum yang lepas dan kedua-dua pihak menerima kesilapan secara hati yang terbuka,” katanya semasa sidang media selepas mengadakan perjumpaan dengan kepimpinan MBM di sini hari ini.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com
Recommended