'Janganlah rahsia' - Zahidi bidas Zafrul, Saifuddin isu perbincangan 'rahsia' 5G
  • 2 years ago
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Zahidi Zainul Abidin hari ini membidas bekas menterinya Saifuddin Abdullah dan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz kerana membincangkan Digital Nasional Berhad (DNB) dan rangkaian liputan 5G negara secara rahsia.

Ini di sebalik makluman Zahidi di Parlimen minggu lalu bahawa Kementerian Kewangan (MOF) telah memutuskan DNB secara unilateral, walaupun ia kemudiannya disangkal oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa.